Wednesday, January 14, 2009

Interview with Radio 24

Pendahuluan:

Pusat Pemkembangan Kanak-kanak CIC (singkatan daripada Children Islamic Centre) diasaskan sejak 1997. Kini ada 10 cawangan di Putrajaya, Bangi, Puchong, Kota Damansara, Setapak, Kota Bharu, Bdr Darulaman. CIC kini akan mengfrancaiskan perniagaan ini pada mrk yang berminat.

Q1. Kenapa orang suka CIC?

- Customers suka sbb CIC adalah pusat setempat utk pendidikan anak-anak. Ibubapa yang bekerja tidak perlu fikir apa yang perlu diajar pada anak dan di mana pula hendak menghantar anak untuk jagaan. Semua CIC tolong fikirkan. Kita bagi pendidikan yang menyeluruh pada kanak-kanak Islam. Ibubapa mahukan agama, kecemerlangan dalam akademik, kebolehan berbahasa Inggeris, kreatif, pandai bergaul dan yakin pada diri. Lebih lama contact hours di CIC lebih bagus pencapaian. Ibubapa yg bekerja suka menghantar anak-anak mereka untuk ikuti program sepenuh hari kita. Walaupun ada pembantu di rumah, tapi jika tempoh pembelajaran hanya 3 jam, kemudian balik rumah menonton TV seharian, tentu tidak efektif. Ada yang berpendapat boleh belajar melalui rancangan pendidikan dalam TV, tapi pada saya kemudahan teknologi tidak dapat menggantikan pendidikan secara tradisional, proses kefahaman dan pendalaman ilmu dilakukan secara normal, kanak-kanak akan pandai berinteraksi, mata pun tidak rosak akibat terdedah banyak pada TV dan komputer.

Q2. Industri ini sudah lama, kenapa puan memilih untuk melakukannya?

Memang, industri ini sangat lama, ianya tugas asasi ibubapa khususnya ibu. Tapi apabila ibubapa tidak lagi boleh menumpukan tugas mendidik anak ini, ianya mula dilakukan oleh pendidik sepenuh masa. Sebenarnya ianya sangat bagus.

Zaman dulu, seseorang individu memasak, menjahit baju, mendidik anak, membuat kasut dengan sendiri. Tetapi dengan cara begitu produktiviti mereka tidak tinggi. Apabila tiba zaman industri, manusia melakukannya sesuatu kerja dengan mahir. Kalau dulu seseorang itu hanya menjahit baju sepasang sebulan, dengan tingkatkan kemahiran, tumpuan dan bantuan machine contohnya, dia boleh menghasilkan 100 helai baju sehari. Pakaian yang dihasilkan pula cantik dan bermutu. Lahir lah barangan yg berjenama. Si tukang jam membuat jam dengan begitu berkualiti seperti Rolex, Pattek Philips sehingga dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Begitu juga hal masakan. Kita perlukan seorg ibu yg memasak sampai menjadi Chef, mungkin sampai peringkat antarabangsa supaya produktiviti meningkat, boleh menyumbang pada negara dan dunia. Ibu tadi sudah tentu memerlukan pusat didikan yang specialize dalam didikan anak-anak. Untuk boleh melakukan yang terbaik, seseorang perlu melakukannya secara sepenuh masa, sistematik, dan berasaskan ilmu pengetahuan yang komprehensif dan kajian.

Pendidikan kanak-kanak sebegini mula dilakukan oleh Christian Missioneries. Dr Maria Montessori salah seorang daripada mereka. Dia mencipta kaedah belajar untuk kanak-kanak istimewa. Di Malaysia, tadika mula diadakan di gereja Kristian. Kemudian diikuti oleh badan-badan sosial seperti Kemas, Taski Abim, Pasti dan sebagainya. Tapi seperti yang saya kata tadi, untuk menghasilkan yang terbaik, kita perlu melakukan secara sepenuh masa. Jadi pusat yang diasaskan oleh badan-badan sosial amat susah kerana pendapatan yg tidak seberapa tidak boleh menampung kos. Malah susah untuk mencari mereka yang mahu terus memahirkan diri dalam bidang ini kerana kurang insentif. Sebab itu CIC mengambil tanggung jawab ini dengan bayaran yang relatifnya rendah berbanding dengan program yang ditawarkn.


Q.3 CIC yakin boleh berkembang?

Alhamdulillah kita sudah ada 10 centres. Untuk tahun-tahun awal kita tidak membuka banyak cawangan kerana kita menumpukan pembinaan dalaman. Kini saya yakin, InsyaAllah CIC dapat berkembang dengan baik kerana mempunyai asas dan sistem yang kukuh. CIC berada di dalam service industry, ianya adalah labor intensive company. Membina pasukan yang baik adalah sangat susah kerana kita berurusan dengan manusia. Lebih payah bila ianya melibatkan orang Melayu. Tambahan pula CIC memerlukan staf yang berkebolehan dalam beberapa cabang ilmu, mereka itu mesti seimbang. Susah juga nak cari staf yang sangat layak. Jadi saya kurangkan pergantungan pada staf dengan mengadakan sistem pembelajaran yg saya atur sendiri. Jadi staf kurang terlatih pun boleh ikutinya. Yang penting kita ada sistem checking yang berkesan.

Q.4 Apa servis utama CIC dan adakah saranan puan pada ibubapa?

Prasekolah utk kanak-kanak 4-6 tahun, playschool 2-3 tahun, after school program & KAFA untuk 7-12 tahun. Hidup kita adalah sesuatu yg penuh makna. Saya mahu bila kita jadi Muslim ianya benar-benar bermakna. Seseorang tidak boleh hayati agama melainkan dengan kecintaan yg tulus pd Allah, Rasul & keluarga baginda serta kaum Muslimin. Lihat sahaja pada amalan agama seperti ibadat haji, melontar di Jamrah, jika diukur dengan akal semata tentu pelik. Tapi dengan cinta, seseorang akan lakukan apa sahaja. Cinta kepada Islam serta kaum Muslimin ini perlu dijadikan sebahagian hidup kita. Nabi bersabda "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin maka bukan lah sebahagian daripadanya”. Kita lihat hari ini berapa ramai di kalangan kita yang prihatin tentang saudara kita di Palestin. Kita mahu generasi baru Islam khususnya Melayu, mampu mewakili Islam di peringkat antarabangsa, sudah tentu kita tidak boleh berharap pada kaum Arab. Kita mahukan generasi yang cintakan Islam dan memimpin dunia. Tapi kita mmg kena seimbang, tidak boleh extreme ke kiri atau ke kanan kerana adil atau seimbang itulah Islam. Hari ini kita lihat ada yang berimejkan Islam tapi sebaliknya memberikan imej buruk pada Islam. Mungkin anda boleh mulakan dengan memberikan pendidikan Islam yang progresif seperti CIC kepada generasi baru kita. Saya percaya Islam yang dibawa Nabi itu hidup bukan disimpan di dalam buku, tentu saja Islam dapat memimpin dunia mungkin melalui anak-anak kita. Dengan itu saya berharap ibubapa akan memberikan sokongan yang berterusan pada CIC.